F & Z GEMILANG ENTERPRISE | 201803245294 (JR0094996-K)

Terma Affiliate TaskMaster

Terma Affiliate ini terpakai kepada program affiliate TaskMaster yang dikendalikan oleh F & Z GEMILANG ENTERPRISE, nombor pendaftaran 201803245294 (JR0094996-K).

1. Program Affiliate

Program affiliate TaskMaster membolehkan affiliate mempromosikan TaskMaster menggunakan pautan affiliate yang diberikan dan menerima komisen bagi jualan sah yang disahkan mengikut terma ini.

2. Tiada Jaminan Pendapatan

Menyertai program affiliate tidak menjamin pendapatan. Pendapatan bergantung kepada usaha, kualiti promosi, respons pasaran, tracking yang sah, jualan yang disahkan dan pematuhan kepada terma ini.

Sila rujuk juga Penafian Pendapatan TaskMaster:

/income-disclaimer.php?lang=bm

3. Kelayakan Komisen

Komisen daripada jualan yang layak akan berada dalam tempoh semakan/refund selama 7 hari dan tidak layak untuk payout semasa status ini.

Selepas 7 hari penuh dari bayaran/jualan berjaya, komisen yang masih sah akan diluluskan secara automatik jika tiada refund, pembatalan, chargeback, pertikaian, fraud, tracking tidak sah, self-referral, abuse atau pelanggaran polisi.

Nilai komisen dalam dashboard adalah sementara sehingga diluluskan dan dibayar. TaskMaster boleh menyemak, melaras, menolak, membatalkan, membalikkan atau void komisen jika perlu.

4. Kitaran Payout Mingguan Hari Selasa

Payout komisen affiliate diproses setiap hari Selasa, tertakluk kepada komisen yang telah diluluskan, profil payout yang lengkap, rekod tracking yang sah, semakan dalaman dan tiada isu transaksi.

Hanya komisen yang telah diluluskan sebelum atau pada Sabtu 11:59 malam Waktu Malaysia akan dimasukkan dalam kitaran payout Selasa yang akan datang. Komisen yang diluluskan selepas cutoff tersebut akan dibawa ke kitaran payout Selasa berikutnya.

5. Keperluan Profil Payout

Affiliate mesti melengkapkan Profil Payout Affiliate sebelum sebarang payout boleh diproses. Affiliate mesti memberikan maklumat yang benar, tepat dan terkini, termasuk nama penuh sah seperti dalam IC, nombor IC, nombor telefon, maklumat bank dan maklumat lain yang diperlukan. Nombor TIN adalah pilihan melainkan diperlukan kemudian untuk tujuan rekod atau pematuhan.

Maklumat payout yang salah, tidak lengkap atau tidak konsisten boleh menyebabkan payout tertangguh. TaskMaster tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan payout yang berpunca daripada maklumat affiliate yang salah.

6. Refund, Chargeback dan Potongan

Jika pelanggan meminta refund, transaksi dibatalkan, chargeback berlaku, pembayaran dipertikaikan, transaksi didapati tidak sah atau terdapat isu lain berkaitan jualan, komisen berkaitan boleh ditolak daripada payout belum dibayar, payout akan datang atau baki komisen affiliate.

Jika komisen telah dibayar sebelum isu dikenal pasti, TaskMaster boleh membuat pelarasan atau potongan daripada komisen masa hadapan.

7. Payout Tertangguh

Jika terdapat isu teknikal, isu bank, isu payment gateway, maklumat payout tidak tepat, semakan keselamatan, aktiviti mencurigakan, cuti umum, kelewatan operasi, ralat sistem atau isu perakaunan, payout boleh ditangguhkan ke kitaran payout berikutnya.

8. Tanggungjawab Cukai dan Undang-undang

Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya terhadap cukai pendapatan, SST, kastam, laporan, deklarasi, penyimpanan rekod dan apa-apa kewajipan undang-undang atau statutori yang mungkin dikenakan oleh LHDN, Kastam Diraja Malaysia atau pihak berkuasa berkaitan.

TaskMaster tidak memberikan nasihat cukai, kewangan atau perakaunan kepada affiliate.

9. Pautan Affiliate dan Tracking

Komisen dikira berdasarkan rekod tracking yang sah dalam sistem TaskMaster. Affiliate bertanggungjawab menggunakan pautan affiliate yang betul.

TaskMaster tidak bertanggungjawab terhadap komisen yang tidak direkodkan jika pautan affiliate tidak digunakan, cookies disekat, browser data dipadam, pelanggan menggunakan pautan affiliate lain, pelanggan membeli tanpa pautan affiliate, atau attribution tidak dapat disahkan.

10. Peraturan Promosi

Affiliate mesti membuat promosi secara beretika dan sah. Tindakan yang dilarang termasuk:

  • spam
  • dakwaan mengelirukan
  • dakwaan pendapatan palsu
  • janji pendapatan terjamin
  • testimoni palsu
  • urgency palsu atau scarcity palsu
  • menyamar sebagai staf TaskMaster
  • berpura-pura menjadi support rasmi
  • iklan haram
  • promosi tidak beretika
  • menggunakan penempatan kandungan ofensif, dewasa, perjudian, scam, ekstremis atau kebencian politik
  • menyerang pesaing
  • menggunakan aset jenama tanpa kebenaran
  • membuat dakwaan jaminan pekerjaan
  • menggunakan dakwaan "kerja dijamin" atau "pendapatan dijamin"
  • membuat dakwaan yang tidak selaras dengan Penafian Pendapatan TaskMaster

11. Iklan Berbayar dan Risiko Affiliate

Affiliate menjalankan promosi atas kos dan risiko sendiri. Sebarang kos iklan, kos content, kos design, kos printing, kos agency, kos freelancer, kos tools atau kos promosi lain adalah tanggungjawab affiliate sendiri dan tidak akan diganti oleh TaskMaster.

TaskMaster tidak bertanggungjawab terhadap kerugian affiliate akibat iklan tidak menjadi, akaun iklan ditolak atau disekat, kos Facebook Ads, TikTok Ads, Google Ads, kehilangan leads, kehilangan peluang, laman web down, app down, tracking issue, masalah teknikal atau keuntungan yang tidak tercapai.

12. Penggantungan dan Penamatan

TaskMaster berhak menolak, menggantung atau menamatkan akaun affiliate jika terdapat penyalahgunaan, maklumat palsu, aktiviti mencurigakan, spam, refund abuse, pelanggaran terma, risiko reputasi atau tindakan yang boleh menjejaskan TaskMaster, pelanggan atau pengguna lain.

13. Had Tanggungjawab

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, F & Z GEMILANG ENTERPRISE tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian tidak langsung, kehilangan peluang, kehilangan pendapatan, kerugian iklan, kerugian promosi, gangguan perniagaan, kehilangan data, masalah teknikal, downtime atau apa-apa kerugian lain yang dialami oleh affiliate akibat penyertaan dalam program affiliate atau penggunaan sistem TaskMaster.

14. Komunikasi Rasmi

Semua pertanyaan, aduan, isu payout, isu komisen, isu akaun, pertikaian atau permintaan sokongan berkaitan affiliate mesti dibuat melalui support ticket rasmi TaskMaster sahaja:

https://taskmasterworks.com/support/?lang=bm

15. Perubahan Terma Affiliate

TaskMaster boleh mengemaskini Terma Affiliate ini dari semasa ke semasa. Versi terkini yang dipaparkan di laman web TaskMaster akan digunakan.