Polisi Privasi TaskMaster
Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana F & Z GEMILANG ENTERPRISE, nombor pendaftaran 201803245294 (JR0094996-K), mengumpul, menggunakan, menyimpan, memproses dan melindungi data peribadi pengguna TaskMaster.
Dengan menggunakan laman web, dashboard, aplikasi, sistem affiliate atau sistem sokongan TaskMaster, anda bersetuju bahawa data peribadi anda boleh diproses mengikut Polisi Privasi ini.
1. Data Peribadi Yang Kami Kumpul
Data yang mungkin dikumpul termasuk:
- Nama penuh
- Nama sah seperti dalam IC
- Alamat email
- Nombor telefon
- Nombor IC
- Nombor TIN, jika diberikan
- Maklumat bank untuk tujuan payout atau rekod berkaitan
- Rekod pembelian, bayaran dan resit
- Rekod affiliate, komisen, klik dan rujukan
- Maklumat tugasan, bukti tugasan, imej, screenshot atau teks yang dihantar
- Rekod support ticket
- Alamat IP, maklumat peranti, pelayar, log sistem, cookies dan data penggunaan laman web atau aplikasi
2. Tujuan Pemprosesan Data
Data peribadi anda boleh digunakan untuk:
- Membuka dan mengurus akaun TaskMaster
- Memberikan akses kepada dashboard, aplikasi dan bahan digital
- Memproses pembelian, resit dan rekod bayaran
- Mengurus profil ahli, profil bank, IC dan maklumat payout
- Mengurus affiliate, pautan affiliate, komisen dan payout
- Menyemak bukti tugasan, aktiviti pengguna dan keselamatan sistem
- Memberikan sokongan pelanggan melalui support ticket
- Menghantar notis penting berkaitan akaun, sistem, bayaran atau keselamatan
- Mencegah penipuan, spam, penyalahgunaan sistem atau aktiviti tidak sah
- Mematuhi keperluan undang-undang, audit, cukai, perakaunan atau rekod perniagaan
3. Email dan Nombor Telefon
Email digunakan sebagai rekod akaun utama dan biasanya tidak boleh ditukar terus melalui halaman profil.
Nombor telefon boleh digunakan untuk tujuan rekod akaun, sokongan, pengesahan, komunikasi berkaitan servis, payout atau operasi TaskMaster. Pengguna bertanggungjawab memastikan nombor telefon yang diberikan adalah tepat dan terkini.
4. Perkongsian Data
TaskMaster tidak menjual data peribadi pengguna kepada pihak ketiga.
Data boleh dikongsi dengan pihak berkaitan hanya apabila perlu, termasuk penyedia pembayaran, penyedia hosting, penyedia email, penyedia sistem teknikal, penasihat profesional, pihak berkuasa atau pihak lain yang diperlukan bagi tujuan operasi, keselamatan, perakaunan, cukai atau pematuhan undang-undang.
5. Cookies, Tracking dan Affiliate
TaskMaster boleh menggunakan cookies, session ID, tracking affiliate, log lawatan dan data teknikal untuk mengurus login, keselamatan, analitik asas, atribusi affiliate, pencegahan penyalahgunaan dan penambahbaikan sistem.
6. Keselamatan Data
TaskMaster mengambil langkah munasabah untuk melindungi data peribadi daripada akses tidak dibenarkan, kehilangan, penyalahgunaan, perubahan atau pendedahan yang tidak sepatutnya. Namun, tiada sistem digital boleh dijamin selamat sepenuhnya.
7. Penyimpanan Data
Data peribadi boleh disimpan selagi diperlukan untuk tujuan akaun, transaksi, payout, support, audit, cukai, keselamatan, rekod perniagaan atau pematuhan undang-undang.
8. Hak Pengguna
Anda boleh membuat permintaan berkaitan akses, pembetulan atau pertanyaan tentang data peribadi anda melalui support ticket rasmi TaskMaster.
Semua komunikasi rasmi mesti dibuat melalui:
https://taskmasterworks.com/support/?lang=bm
9. Perubahan Polisi
TaskMaster boleh mengemaskini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di laman web TaskMaster.
